Followers

Saturday, January 26, 2013

Pesan Bunda Untuk Putrinya Yang Hendak Membina Rumah Tangga


assalammualikum

disebabkan cuti2 nie ramai yang kahwin ni aku share satu story tentang alam rumah tangga biar korang baca ,,hee,,walaupun aku belum berkahwin tapi bagus la kan ,,sekurangnya aku boleh ambek pengajaran ,tauladan dan semua la ,,,,
-
-
-


Saudariku muslimah, ada baiknya kita simak kembali pesan Asma binti Kharijah Al-Fazari untuk putrinya yang hendak membina rumah tangga berikut ini:


Wahai putriku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dahulu dilahirkan hingga engkau menjadi besar...

Kini engkau akan berpindah ke tempat dan keadaan yang engkau belum kenal dan engkau juga akan menemani seorang yang belum engkau kenal, ketahuilah wahai anakku, orang itu adalah suamimu. Jadilah engkau sebagai tanah dan dia sebagai langitmu.

Jangan engkau memberi beban kepadanya dengan berbagai kesusahan, sebab akan menjadikan dia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlalu menjauhinya, agar dia tidak melupakan dirimu.

Kalau dia mendekatimu, maka dekatilah dan sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik...

Wahai putriku, peliharalah suamimu dengan baik... hidungnya, matanya dan yang lainnya. Jangan sampai suamimu mencium sesuatu darimu kecuali yang harum, jangan pula ia mendengar perkataanmu kecuali suara yang lembut dan jangan pula suamimu melihatmu kecuali yang indah dari dirimu...

Jadikan dirimu sebagai sendi utama di dalam rumahmu. Hendaklah kamu lebih banyak berada di rumah suamimu dan janganlah kamu menyelidiki kekurangannya.

Seorang isteri harus lebih sedikit berbicara (tidak ngerumpi) dengan tetangganya. Janganlah kamu memasuki rumah tetanggamu melainkan setelah mendapat izin dari yang punya rumah.

Seorang isteri hendaklah menjaga hak suami, baik pada waktu suami tiada atau ada di rumah. Usahakan agar suami selalu gembira ketika dia berada di sampingmu.

Janganlah sekali-kali seorang isteri mengkhianati harta suami dengan menghambur-hamburkan harta pada yang bukan semestinya. Apabila mendapat izin keluar rumah, hendaklah isteri menjaga kehormatan diri, berpakaian sederhana dan menutup auratnya...

Hindarilah bercakap-cakap di jalan yang tiada perlu dengan pria yang bukan mahramnya. Apabila ada pria yang bukan mahram ingin masuk rumah sedangkan suami tidak ada, berhati-hatilah, jangan sembarangan mengizinkannya masuk, berbicaralah seperlunya jangan bercakap-cakap yang tiada perlu karena bisa menimbulkan fitnah... hendaklah kamu menjaga dan memahami kecemburuan suamimu...

Hendaklah seorang isteri merasa puas dan bersyukur dengan apa yang ada pada suaminya termasuk rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya...

Seorang isteri berkewajiban senantiasa membersihkan diri dalam segala keadaan. Isteri juga hendaknya memiliki rasa belas kasih terhadap anak-anaknya, menjaga serta menutupi keburukan mereka dan tidak mudah mencaci maki anak-anak atau berbuat sesuatu yang kurang menyenangkan hati suaminya...

-
-
-
dah baca belum ,,,kesimpulannya bila dah kahwin kita kena ikut cakap suami ,,,bahkan syurga yang dulunya dibawah telapak kaki ibu dah beralih ke telapak kaki suami ,,silalah cium kaki suami anda hari2 hikhik,,jangan lupa suruh dia scrub kaki hari2 bagi wangi dulu,,,tak der lah maksudnya betapa pentingnya suami kita nanti bila dah berkahwin ,,syurga di bawah telapak kaki suami begitu ,,,bila dah kahwin jugak nak keluar rumah kena mintak izin suami ,,bagitahu nak pergi mana dengan siapa ,,,buat apa ,,,hal rumah tangga jangan bagitahu orang lain,,walaupun bff sendiri ,,,aku nanti nak kahwin aku nak mak aku bacakan aku tanggungjawab seorang isteri ,,time akad nikah ,,time penyerahan aku kepada suami aku ,,,hee,,,berangan aje aku ni,,tu pun kalau mak aku nak bacakan la,,,sekarang ni kan banyak fb like ,,bercinta selepas kahwin la,,,no couple la,,,macam2 la,,,bagus jugak la ,,admin2 tu berdakwah secara sihat ,,,sekaligus menyedarkan kira semua kan,,,bila aku baca story kat atas tu ,,,aku sedar yang aku ni memang tak layak kahwin sebab dah la tak pandai masak ,,tanggungjawab berat tu ,,,tak layak ,,tak layak,,,,cetek pengetahuan agama,,,aku doakan semoga yang baru berkahwin bahagia hingga ke akhir hayat ,,,dan selamat pengantin baruuu ,,,

have a nice day ^_^

No comments: