Followers

Thursday, April 19, 2012

perginya dia ke rahmatullah

12/4/2012 
pulangnya mak dan ayah dari umrah ,kami adikberadik riang ingin menyambut mak dan ayah di airport 
risau ayah tak sihat di sana ,,,nasib mak telefon hari2 hantar khabar ,,ayah sihat2 saja mak juga,,,,air mata mengalir saat menyambut mak dan ayah di pintu ketibaan ,,,di rumah mak tak habis2 cerita betapa gembiranya duduk di sana ,,,ayah hanya diam ,,,hati terasa mahu pergi bila dengar cerita mak ,,sebak bila dengar betapa gembiranya kita saat berada di depan kaabah ,,,mak tak berapa sihat sejak pulang dari sana ,,,demam ,,ayah pun tapi tak teruk,,ramai jugak yang datang melawat ke rumah ,,,bila dorang pulang mak dan ayah akan tidur keletihan ,,,

15/4/2012
9 pg bukak dobi macam biasa ,,,mak mengadu ayah tak nak bangun mandi makan,,mungkin penat ,,kakak sibuk kemas2 rumah ,,,petang kakak datang terus cakap,,"tutup2 dobi ayah tak sihat ,," terus tutup dobi pergi tengok ayah,,ayah mengadu sakit pinggang ,,sakit kepala ,,,bawak pergi hospital lamanya ayah dalam kecemasan tu,,tiba2 doc panggil waris,,doc cakap ayah memang sampai2 dah terok,,buah pinggang  memang dah out terus,,jantung lemah,,memang dalam kritikal ,,,doc cakap dorang tengah bagi ayah rehat lepas keadaan dah stabil sikit baru nak bawak masuk icu,,,mak,aku ,kakak keluar2 je terus menangis ,,,
doc cakap ayah dalam golongan yang bernasib baik,,doc hairan macam mana ayah boleh hidup dengan tekanan darah yang tinggi 2kali ganda normal ,,,doc sendiri pun tak pernah dapat kes yang macam ni,,doc kata kalau orang lain memang dah out,,,
masuk icu  lewat malam ,,,dorang cuci buah pinggang ayah ,,,ayah stabil malam tu,,,kami anak beranak tidur di lantai hospital depan icu ,,,doa tak putus2 mintak jangan ambik ayah lagi ,,banyak lagi yang adik tak buat untuk ayah,,,kaki tak pernah pergi jauh dari icu takut kalau apa2 jadi ,,,

16/4/2012
pagi doc cakap ayah kritikal doc suruh bersedia sebab tak tahu berapa lama ayah boleh tahan,,,terus kol kakak suruh datang cepat ,,,airmata sekejap keluar sekejap tak ,,kakak sampai2 je terus menangis ,,,bacakan yasin untuk ayah 
kawan2 ayah,,adikberadik,,semua datang ,12.55 ,tgh hari doc panggil waris ,,kami masuk ,,aku pegang tangan ayah sejuk ,,doc datang ,,cakap ayah memang dah tak ader ,,,menangis semua,,,aku n kakak balik rumah nak urus di rumah,,,dalam perjalanan hujan lebat ,,,tak percaya yang ayah dah tak ada,,,tapi kaki tangan terus buat kerja urus urusan di rumah,,,sementara nak tunggu jenazah sampai,,,dalam hati aku bertekad lepas ni nak jaga mak,,teman mak,,tidur dengan mak,,,sempat telefon membe serumah dulu ,,,beritahu yang ayah dah tak ader,,nangis2 cakap fon dengan dorang,,,
bila nampak ja van jenazah sampai depan rumah sebaknyaa hati ,,,mandikan ayah,,cium ayah saat ayah dikapankan ,,lepas ni dah tak boleh cium lagi ,,,ramai yang tak percaya ayah dah tak ader,,sebab dorang nampak ayah sihat kat  airport jalan kaki  tak naik kerusi roda ,,,
pukul 6 ayah dikebumikan ,,,,saat nama ayah disebut ,,,hati terus sebak,,,menangis teresak2 aku tunduk kepala pandang tanah tutup mulut dengan tudung ,,,tak nak seksakan ayah dengan tangisan aku,,,tapi orang lain dengar nampak,,,maklong pujuk aku ,,,panggil nama aku "jangan menangis ,,tahan sat,,kesian kat ayah jangan buat macam tu,,sabaq2"  tak tahu kenapa sebak sangat time tu mungkin time tu baru sedar yang meninggal tu adalah ayah ,,,saat mereka sebut selamat tinggal aku tahu selamat tinggal itu buat kali yang terakhir ,,,sampai2 ja kat rumah tengok adikberadik belah mak dah sampai,,peluk salam ,,nangis lagi ,,
kakak cakap rasa macam ayah masih lagi ada,,aku diam,,tak tahu nak cakap apa,,
malamnya orang lain masih lagi dok berbual ,,aku tidur atas katil mak ,,tempat letaknya jenazah ayah,,peluk bantal yang dorang letakkan kepala ayah,,selimut dengan kain putih yang ayah guna saat jenazah diletakkan atas katil,,,air mata keluar tampa sedar,,

19/4/2012
sekarang rumah masih riuh dengan gelak tawa adikberadik belah mak,,esok dorang semua dah nak balik,,tak tahu macam mana nak pandang muka mak nanti,,,nasib ada cucu yang sorang tu,,,tak la mak sunyi,,,ni la hikmah aku berenti belajar ,,,allah dah tetapkan satu2 benda yang jadi tu elok2 untuk kita,,,kalau kata aku masih belajar mesti mak lagi sunyi,,,pagi tadi hantar umi balik nampak orang jual  paper terdetik kat hati kata aku nak beli sat lagi nak bagi ayah baca ,,,terlupa yang ayah dah tak ader,,,rindu nak peluk ayah cium ayah,,melawak dengan ayah,,,ayah tak sempat nak tengok cucu ayah besar,,ayah tak sempat tangok adik kahwin ,,,ayah tak sempat tengok perniagaan kami berjaya ,,,ayah dah pergi ,,pergi tinggalkan mak,,adik ,,kakak,,,adik baru berangan2 nak pergi umrah,haji dengan makayah,,

moga ayah bahagia di sana ,,,

4 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Takziah dan Al-Fatihah buat ayah.......
Aduh, mengalir airmata baca ni......
Be strong okay..... Yang pergi tetap pergi..

reyna said...

tq,,

missmeraa said...

bersaabarlah n sedekah alfatihah kat arwah ayah ye. sekurang2nya, allah masih lagi bgi peluang kat anak2 tgk arwah ayah smpi tanah air.

Al-fatihah ~~

iyka syafika said...

huhuhu..mengalir air mata..huhu..al fatihah ye.